PKG CHENDERONG BALAI

SELAMAT DATANG KE PKG CHENDERONG BALAI - TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

Monday 7 December 2015

PKG CHENDERONG BALAI















PROFIL
*Pusat Kegiatan Guru Chenderong Balai mempunyai objektif yang sama dalam menjurus ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.


MATLAMAT PKG
*  Matlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada falsafah Pendidikan Kebangsaan.
*  PKG akan merealisasikan individuality guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan dasar Pembangunan Negara.


PERANAN PKG
*PKG sebagai pusat kegiatan ikhtisas kurikulum
*PKG sebagai pusat sumber rujukan
*PKG sebagai kegiatan sosial atau komuniti
*PKG sebagai agensi perubahan
*PKG sebagai agen penyelesaian masalah


OBJEKTIF PKG
*Meningkatkan mutu pendidikan dengan berpusat kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
*Menyebarkan maklumat, pengetahuan dan inovasi proses pengajaran dan pembelajaran.
*Merapatkan hubungan keperluan pendidikan di sekolah terhadap perkhidmatan sumber kepada guru-guru.
*Mempertingkatkan kemahiran guru melalui program latiha dalam perkhidmatan.
*Memupuk ikhtiar dan minat dalam kalangan guru ke arah mempertingkatkantaraf profesionalisme mereka.
*Menyediakan kemudahan untuk guru-guru berinteraksi dan bekerjasama menjalankan kegiatan sosial.


VISI
*  Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan


MISI
*  Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan


MOTO
*Teknologi Untuk Pendidikan Bestari


PIAGAM PELANGGAN
Kami anggota BTP dan PKG berikrar dengan penuh iltizam akan melaksanakan dengan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk memenuhi hasrat berikut :

1.  Memberi perkhidmatan yang sempurna, kemaskini, berkualiti,cekap,bersih dan amanah sepanjang masa.

2.  Menyebar dan memperkembangkan program pendidikan berasaskan media dan teknologi dalam pendidikan dengan cepat dan penuh kesungguhan.

3.  Bersedia menunaikan permohonan dalam bentuk khidmat nasihat dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dalam tempoh satu minggu permohonan diterima.

4.  bersedia melaksanakan permohonan membuat rakam salin bahan audio dan video yang berkaitan dengan alam pendidikan dalam tempoh 2 minggu selepas menerima bahan dari pelanggan.

5.  Mengedar sebarang maklumat berkaitan dengan siaran pendidikan, bahan-bahan bercetak dan bahan lain yang berkaitan dengan BTPN Perak dalam tempoh satu minggu selepas penerimaanny.


11 ANJAKAN UTAMA TRANSFORMASI SISTEM
*Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
*Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
*Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
*Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
*Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah.
*Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian kursus berasaskan keperluan.
*Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti penyampaian kementerian.
*Bekerjasama dengan ibubapa,komuniti dan sektor swasta secara meluas.
*Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
*Meningkatkan ketulusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.


No comments:

Post a Comment