PKG CHENDERONG BALAI

SELAMAT DATANG KE PKG CHENDERONG BALAI - TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

Tuesday 8 December 2015

FROG VLE

Frog adalah Virtual Learning Enviroment (VLE) yang dipilih bagi projek  1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti atau kumpulan besar.

Persekitaran pembelajaran maya Frog atau VLE adalah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang mempunyai jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintergrasikan konsep pendidikan konversional dengan kaedah maya yang berasaskan "cloud".



Dengan ini pembelajaran boleh dilaksanakan dimana-mana sama ada di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari,7 hari seminggu.




Log masuk dengan 1BestariNet Yes ID anda dan alami Frog VLE dalam langkah mudah ini




ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal yang diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah akan membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.


Bagaimana Frog VLE mempertimbangkan pengajaran dan pembelajaran?


Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE yang boleh diakses di sekolah atau di mana jua dengan adanya sambungan internet.




Frog adalah ringkas,mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran,beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang memboleh kan anda melihat,membuat, menyertai atau memasukkan acara.


Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum.



Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda.




No comments:

Post a Comment